SEJARAH
PENUBUHAN
Pada
dasarnya, Kolej Komuniti Langkawi (KKLK) ditubuhkan sebagai salah sebuah cawangan Kolej Komuniti Sungai Petani (KKSP). Namun
demikian, bermula dari sesi Julai 2007, KKLK memulakan operasinya sendiri sebagai sebuah cawangan baru dalam Jabatan Pengajian
Politeknik dan Kolej Komuniti.
Sewaktu
berada di bawah pentadbiran KKSP, sesi pengajian diadakan di Sekolah Menengah Teknik Langkawi. Bermula pada Mac 2007, KKLK mula beroperasi di tempat baru setelah mengambil-alih dari Pusat Latihan MOFAZ dan
Universiti Utara Malaysia (UUM).
LOKASI
KKLK terletak di Jalan Pantai Chenang, Mukim Kedawang. Lokasinya berhadapan dengan MORAC International Karting Circuit dan kira-kira 10 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa
Langkawi.