Kolej Komuniti Langkawi Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

..::: Perutusan Pengarah :::..

:: Laman Utama
:: Perutusan Pengarah
:: Piagam Pelanggan
:: Kakitangan Kolej
:: Syarat Kemasukan
:: Aktiviti-Aktiviti
:: Hubungi Kami
:: Informasi
:: Galeri

pengarah.jpg

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh…

Selamat datang diucapkan kepada para pengunjung laman web Kolej Komuniti Langkawi (KKLK). Jutaan terima kasih dirakamkan kepada saudara-saudari di atas kesudian melayari laman web ini. Saya percaya kewujudan laman web ini merupakan idea yang relevan sejajar dengan matlamat negara untuk mencapai Wawasan 2020 dan era ledakan teknologi dan globalisasi di mana setiap informasi berada di hujung jari anda. Laman web ini diwujudkan dengan tujuan memudahkan orang ramai mengenali dan mendapat gambaran sebenar tentang KKLK dengan lebih jelas.

 

Masyarakat hari ini jelas dengan matlamat negara dalam menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pengajian tinggi  menjelang 2020. Selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara KKLK akan berusaha melahirkan graduan yang berkualiti dari pelbagai segi terutamanya akademik dan ko-kurikulum. Graduan KKLK juga ditekankan dengan sahsiah yang terpuji dan pemikiran yang sihat supaya mampu merenangi arus perkembangan serta komited untuk menyahut seruan dan cabaran yang mendatang.

 

Sebagai sebuah institusi di bawah Kementerian pengajian tinggi Malaysia (KPTM), kami berusaha membantu negara dalam menghasilkan graduan yang cemerlang, gemilang, dan terbilang. Justeru, harapan saya agar laman web KKLK ini mampu memberikan maklumat yang berfaedah kepada para pengunjungnya. 

Encik Ishak Bin Hamid

Pengarah Kolej Komuniti Langkawi Kedah

Hak Cipta Terpelihara © Kolej Komuniti Langkawi , Kedah - 2007 | Sebarang komen , cadangan atau pertanyaan sila emailkan kepada kklk_kptm@yahoo.com